Pada tahun 1816 -1818 Baron VOn de Sauerbrun von Baden Wurtenburg [boleh sebut ke manusia ni] mcm wak Harun je..beliau ni bangsawan Jerman telah dipercayai telah mencipta prototaip pertama basikal dan kemudiannya di upgrade kat Perancis..jauh tu nak upgrade, prototaip ni diberi namana draisienne sempena namapenciptannya..nama penuhnya tak di ketahui, lepas tu di upgrade pulak oleh org Inggeris dan diberi nama baru Hobby Horse atau Dandy Horse.. ada ke orang nak beli basikal masa tu> jangan silap beb..dipercayai kat Britain dan Amerika Syarikat sambutan amat menggalakkan terutama golongan atasan, ada dealer yg buat tuisyen cara nak naik basikal ni.. kalaulah Siong atau Samy ada masa tu kaya raya diaorg tapi menuraut David G.Wilson (professor ni bukan sebarang org) mengatakan Baron Von Drais yang mula mula tadi layak di gelar pencipta basikal.
Pada tahun 1821, Louis Gompertz [org England] pasang gear kat roda depan Hobby Horse..apa brand agaknya masa tu? XT ke atau XTR? ada disk brake ke? kalau tgk gambar mcm ade..basikal ni di gerakkan macam sampan, kayuh guna tangan..dipercayai dia punya speed capai 14 batu sejam.. lebih kurang 22Km sejam...laju tu!! baru anggaran je tanpa meter cateye..baru pakai tangan tapi macamana nak naik jgn tanya..tgk gambar dan bayangkan sendiri la..kat Tanah Melayu masa orang naik apa agaknye yer?
Pada tahun 1893, Kirkpatrick macmillan..orang Scots berjaya mencipta basikal yang di gelar velocipede..apa istimewanya? kaki tak payah jejak tanah..kira canggihla masa tu..nak buat promosi Velocipede ni berkayuh sejauh 140 batu (Glaslow ke Dumfries kat Scotland) tiap tiap check point ada je media tunggu nak buat liputan..glamour beb! berapa check point? jangan tanya..tak ada maklumat..nak dijadikan cerita, beliau ni eksiden..langgar budak, ye la..tak ada brek ..jadilah beliau orang yang pertama kena saman dengan trafik..Polis trafik masa tu naik apa erk?? takkan jalan kaki kot..mesti naik kuda!! Dipendekkan cerita McMillan tak jual Velocipede ni..Sayang agaknya..susah nak buat woi..bukan sebab tu, orang Inggeris pada masa tu tengah syok kat keretapi..tak payah la teruk teruk nak berkayuh..naik je la keretapi..maka si Macmillan ni reka pulak keretapi berinjin wap..pulakkk, kreatif betul....
Pierre dan Ernest Michaux dari Perancis telah upgrade Hobby Horse dan velocipede pada tahun 1806an ..apa yang beliau upgrade? Beliu pasang Crank beb!! Deore?SLX? tak tau la ape brand nya..dan beliau pasang hub kat roda depan..seal bearing ke? kalau camtu..memang best la manusia ni..mana dia dapat Crank dan Hub ni? yang pasti bukan kat KHS Damansara, Samy Bt Cave atau Kota Kemuning!! itula misterinya..basikal ni dikenali sebagai boneshaker..siap buat kilang tu..pada tahun 1842 dapat buat 142 buah , tahun 1865 meningkat 400 buah..hantar kat mana ye? agak agaknya sampai kat Tanah Melayu tak? masa tu kita tengah cipta keris lagi...
Cuba bayangkan ..kalau dia pasang groupset XTR kat basikal ni..berapa speed?? tayar depan besor giler..kelemahannya..nak naik kena panjat pokok!! nak turun??? lu pikir la sendiri.......
James Starley yang dilahirkan di Sussex pada 1831 telah berjaya menjadi pengurus kilang Conventry Machinist's Co. kilang ni buat macam macam mesin termasuk la membuat Boneshaker under licenced kot..si james ni upgrade lagi boneshaker rim jadi 40 inci dan 60 inci dan basikal ni di gelar "the ordinary" tapi lebih popular dengan nama penny farthing..apa itu penny? dan apa itu farthing? senang je..nama duit syiling inggeris masa tu..macam 5 sen dengan 50 sen kita punya kalau tengok gambar lagi susah nak naik, bagi yang mahir je boleh bawak!! model ni sgt popular pada 1883..J.H Adams telah berkayuh sejauh 242 1/2 batu dalam masa sehari je..purata speed tanpa meter cateye lebih kurang 10 batu sejam atau 16km sejam ..lagi jauh dari Klang ke Ipoh tu...tak payah makan power bar pun ..tahun 1884 Thomas Stevens berjaya merentas benua Amerika Utara.
Pada tahun 1879 H.J Lawson pencipta dari England berjaya mencipta basikal pacuan roda belakang tapi tak berjaya mengatasi kepopularan Penny Farthing walaupn basikal beliau bertemakan safety bicycle. Pada 1884 John Kemp Starley telah memperkenalkan Rover safety bicycle..bentuknya seakan-akan basikal kita sekarang..dia punya frame besi je..bukan alloy atau carbon macam basikal korang....
Hamber & Co telah mengeluarkan frame bentuk intan yang pertama pada tahun 1896 lebih kurang basikal yang ada sekarang ni..nak tau gear derailleur pertama dicipta?? tahun 1869..brand apa? entah la..tapi yang pasti bukan Shimano atau Sram.. pada 1901 hingga 1906 J.J.H sturmey dan J.Archer mempatenkan hub atau epcyclic gear..tapi tak popular sangat..agaknya susah nak digukan kot!! akhirnya basikal keluaran Raleigh bersetuju untuk ambil alih penciptaan gear ni, dan sentias mengalami revolusi yang berterusan sehinggalah sekarang ni..termasuklah yang kita gunakan sekarang.