Wednesday, January 27, 2010

FUN RIDE


24.01.2010 Kayuhan Fun Ride ke Bkt Kuin-Perkampungan Asli Bkt Bakong setelah mendapat info sepertimana diwawarkan oleh pemikat burung iaitu ada trek yang bagus. Memang cun la trek tu..lbh 35 Km meliputi 90% off road dan berbukit bukau. Enjoy habis la..sempat beramah mesra dgn org kampung sambil pekena kopi 'O' dan pulut ikan masin sebab kayuhan hari tu tak la terburu buru nak kejar masa nak balik awal ....Matlamat kayuhan ialah utk excercise, untuk enjoy dan release tension setelah semingguan bekerja mencari rezeki....Flag Off 8.00 pg dan tamat Kayuhan jam 12.00 tgh.
Opssssss.....Ini bukan gambaran sebenar Orang Asli Bkt Bakong! hanyalah illustrasi sahaja...nak tau cite sebenar!! jom kayuh....

Sunday, January 10, 2010

KAYUHAN PAHANG BUMI BERTUAH

Seawal pagi sementara menunggu kengkawan lain tiba,

rupanya banyak lagi trek yang boleh di terokai selain tiap tiap minggu dok pulun trek Jabor je...sehingga pokok kelapa sawitpun dah kenal kita, hari tu 10/01/10 kami berkayuhan trek baru sejauh 37km bersama group dari JC Putih [BASF] seramai 25 org menyusuri panorama Sg Kuantan, ladang kelapa Sawit dan perkampungan . .. Apapun aktiviti berbasikal ni adalah suatu aktiviti yang sihat, membentuk semangat setia kawan dan cintakan persahabatan !!

Tahniah kepada riders yang baru menceburi aktiviti ini kerana berjaya sampai akhirnya walaupn 1st time kayuh!! ND La la, Tuan Daud dan Acai