Sunday, February 28, 2010

KAYUHAN KEMASYARAKATAN

Kenang kenangan bersama Yb Dato' Haji Shafiq, Dato' Haji Wan Azam dan kengkawan MTB. Dengar cite Dato' dah jadi pengayuh tegar sekarang..Perh!!
Wah..Posing maut dan tetap bersemangat walaupun kayuh dibawah matahari terik..start kayuhan 3.30pm dan tamat 7.00pm. Peserta kayuhan di anggarkan lebih kurang 30 orang

Akhirnya sampai ketempat yang dituju, program kemasyarakatan anjuran KRT Kempadang Perdana dan di rasmikan oleh YB Dato' Haji Shafiq Fauzan sebagai ADUN Inderapura. Peserta di hidangkan dengan makan petang sebelum memulakan kayuhan semula ke bandar Kuantan dan seterusnya ke Dewan Mat Kilau Bt 6.
Perh dasyat...Saparudin ngan Acai!! dah mantap kayuhan nampaknya sekarang, semenjak secret training dan selalu melawat coach Rahim...katanya kalau tak jatuh masa finishing Mini Race kat Taman bandar hari tu dah tentu naik podium tempat pertama!! Tahniah bro...Teman ni jaguh kampung je...he he he

Sunday, February 21, 2010

CYCLING JERSEY

Salam,


Makluman kepada semua kengkawan cycling yang dikasihi, Tahniah kerana PohPaleh Cycling Team akan mengeluarkan design jersey sendiri. Kepada yang berminat boleh lah menempah Jersey tersebut dengan menghubungi Pn Tini JBS [0129086530] sebelum 26Feb 2010 bagi menetapkan size. jersey ini merangkumi lengan pendek dan panjang.

Monday, February 1, 2010

KAYUHAN BERSAMA AJK KRT KG PADANG

Berehat seketika ambil oksigen dan power stick, dipuncak bukit Land ROver

Sweeper in action..meninggalkan Wak Ajis sebagai pengganti
'Woii...sana ada bukit lagi tinggi.." mungkin itulah ucapan daripada Uncle Tiger gamaknya
Bersama Paman yg udah lama enggak pulang ke kampung sekarang menjadi Polisi Ladang Bkt kuin
Uncle Tiger ngan Faiz berduet..ada komplot ke ni!!
Pendakian bukit Land Rover..nampak je tinggi tapi dengan keazaman dan mental yg kuat, segala rintangan dapat diatasi...macam kehidupan kita jugak kan!!
Check Point yg pertama
Rehat panjang..macam rehat kat R&R la pulak....